Junior Eldstal dedahkan punca berpindah

Pemain tengah yang tidak akan bersama Sarawak pada musim hadapan, Junior Eldstal telah mendedahkan bahawa beliau akan merindui peminat dan rakan seperjuangan beliau di Sarawak setelah berhijrah ke pasukan lain pada tahun hadapan.

Menurut Junior dalam satu temubual ringkas oleh pihak SarawakCrocs.com, beliau sentiasa teruja apabila mendengar sorakan peminat ketika keluar dari terowong Stadium Negeri.

Tambah pemain yang tinggi lampai itu, suasana hebat di Stadium Negeri, yang mana menyaksikan Sarawak memiliki antara penyokong terbaik di Malaysia, telah mengakibatkan bermain untuk Sarawak, dan menyarung jersi Sarawak lebih istimewa.

Apabila ditanya berkenaan punca beliau berhijrah, Junior mendedahkan bahawa ianya tiada punca khusus, tetapi lebih kepada keinginan beliau untuk mencuba ‘angin baru’, sambil menyatakan beliau sememangnya sukakan cabaran baru. Tokoknya lagi, sememangnya beliau amat berterima kasih kepada pihak pengurusan dan peminat Sarawak, namun sebagai pemain yang masih muda, beliau merasakan adalah perlu untuk menimba pengalaman bersama pasukan lain.

Junior yang telah mengisi jersi nombor 15 selama dua tahun di Stadium Negeri turut memaklumkan kami bahawa beliau amat berharap akan mampu berkembang menjadi pemain yang lebih berkeupayaan pada masa hadapan.

Menurut pemain berusia 23-tahun itu, kecederaan belakangnya menyukarkan beliau untuk menyerlah tahun ini, tetapi berharap dengan adanya persediaan pra-musim yang hebat pada penghujung tahun ini, beliau akan mampu kembali menyinar seperti sebelumnya.

Di akhir temubual, Junior berkata “A big thank you to always turning up week in week out showing your passion and keeping behind the team. Thank you for making me welcome and making Sarawak my home. Ngap sayot will be in my heart forever.

Junior dikhabarkan telah menerima tawaran Selangor FA untuk musim 2015.

Kepada Junior, kami di SarawakCrocs.com mengucapkan terima kasih diatas kesudian ditemubual beberapa kali oleh kami sepanjang anda bersama Sarawak, dan berharap anda akan mengecapi kejayaan bersama pasukan anda.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top