Jualan tiket Suku Akhir Piala FA hanya di Stadium Negeri

Dalam satu tindakan drastik, pihak pengurusan tiket perlawanan Suku Akhir kedua Piala FA diantara Sarawak dan Felda United, melalui Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengumumkan bahawa tiket perlawanan hanya boleh dibeli secara ‘online’ atau melalui kaunter tiket di Stadium Negeri.

SarawakCrocs.com tidak memperolehi sebarang maklumat rasmi lain berkenaan punca pihak berwajib memindahkan kaedah pembelian tiket ini, namun ianya dipercayai dibuat atas faktor keselematan rangkaian kedai Lea Sports Centre (LSC).

Maklumat yang disampaikan oleh Facebook rasmi FAS juga tidak menyatakan waktu kaunter tiket mula dibuka, dan tidak ada maklumat juga diberikan bagi kutipan pemegang tiket bermusim.

Diharapkan pihak FAS akan mengambil inisiatif untuk memberi lebih banyak penjelasan berkenaan urusan pembelian tiket agar kejadian seperti musim lepas tidak berulang lagi.

Untuk rekod, sistem pembelian tiket yang lemah pada musim lepas telah menyebabkan ramai peminat Sarawak kecewa apabila berlaku huru-hara di kaunter-kaunter pembelian tiket bagi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top