Jualan tiket rendah akibat kerisauan peminat berkenaan insiden pergaduhan

Jualan tiket untuk perlawanan Sarawak menentang perak hari ini dilaporkan rendah berbanding jualan tiket bagi perlawanan biasa.

Sumber SarawakCrocs.com menyatakan bahawa jualan tiket secara atas talian dan juga di lokasi penjualan tiket dilihat lembab dan tidak seperti biasa.

Tinjauan kami sekitar jam 12 tengah hari tadi juga turut menyaksikan pusat jualan tiket di sekitar bandaraya Kuching lengang berbanding kebiasaan dengan pekerja yang menjual tiket menyatakan bahawa jualan adalah sangat rendah.

Menurut seorang peminat bolasepak Sarawak yang sering ke stadium, ramai rakan-rakan beliau tidak akan ke stadium malam ini kerana risau akan insiden ‘membalas dendam’ yang mungkin akan berlaku. Kaunter tiket juga telah dikecilkan dari saiz kebiasaannya akibat pengurangan pembeli pada perlawanan kali ini.

Seorang lagi peminat bernama ‘Afifah’ turut menyuarakan kerisauan beliau di media sosial sambil berkata beliau agaak risau untuk ke stadium malam ini kerana risau insiden tidak diingini berlaku. Tambah Afifah, beliau ke stadium untuk melihat Sarawak bermain bolasepak dan bukan untuk melihat insiden pergaduhan.

Komen di beberapa laman sosial peminat Sarawak turut menunjukkan peminat gusar akan keselamatan mereka ketika perlawanan malam ini sambil menyatakan mereka tidak akan ke stadium kerana risau akan perkara yang mungkin berlaku.

Perlawanan Sarawak menentang Perak malam ini dijangka ‘hangat’ dengan insiden selepas wujud ura-ura bahawa peminat Sarawak ingin membalas dendam akan layanan buruk penyokong mereka di Stadium Ipoh tempoh hari.

Kekacauan semasa sesi latihan pemain Perak di Stadium Sarawak kelmarin turut heboh di media sosial, dengan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa peminat Perak diminta tidak hadir ke stadium demi untuk keselematan mereka.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top