Joseph Kalang Tie memaklumkan kepada kami bahawa akaun twitter @JosephKOfficial bukan miliknya, sambil menegaskan bahawa akaun tersebut adalah sebuah akaun palsu.
Menurut pemain kelahiran Miri ini, beliau belum tahu menggunakan twitter dan meminta siapa yang membuat akaun palsu tersebut menutup akaun tersebut kerana ianya boleh mengundang masalah kepada dirinya pada masa hadapan. Beliau juga tidak mahu peminatnya keliru berkenaan kewujudannya di media sosial, dan berharap peminat tidak terperdaya dengan akaun-akaun palsu yang diwujudkan tanpa restu dari beliau.
Tambah Joseph, beliau tidak tahu motif akaun tersebut diwujudkan dan tidak pernah meminta sesiapa mewujudkan akaun twitter untuknya setakat ini.
Kes akaun palsu pemain dan jurulatih Sarawak, Robert Alberts bukan perkara baharu dengan Robert Alberts membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkenaan kewujudan akaun palsu beliau di Facebook beberapa tahun lepas.