Pemain tengah Sarawak Joseph Kalang telah melahirkan perasaan berterima kasih beliau terhadap semua peminat setia Sarawak yang berterusan memberikan kata-kata semangat buat dirinya, dan pasukan Sarawak.
Dalam satu komen ringkas di Facebook beliau, Joseph turut berterima kasih kepada pengkritik yang bagi beliau telah ‘membawa kepada kedudukan realiti sebenar’.
Tambah Joseph di dalam pesanan Facebooknya, pemain harus bertanggungjawab di atas kekalahan yang melanda pasukan. Sungguhpun demikian, Joseph enggan mengulas lanjut berkenaan keadaan dirinya apabila ditanya oleh pihak SarawakCrocs.com baru-baru ini.
Sarawak telah tewas dua kali berturut-turut baru-baru ini, dan pasukan dari Bumi Kenyalang itu bakal bertembung dengan skuad ternama JDT esok di Stadium Larkin esok.