Pasukan Kuching CIty FC telah menamakan pemain kelahiran Miri, Joseph Kalang Tie sebagai kapten pasukan tersebut bagi musim 2021.
Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pengerusi kelab bola sepak tersebut, Fazzrudin Abdul Rahman dalam satu sidang media kelmarin.
“Kita juga ingin mengumumkan bahawa ketua pasukan untuk Kuching City FC pada tahun 2021 adalah Joseph Kalang Tie.” kata Fazzrudin dalam sidang media tersebut.
Joseph, atau lebih terkenal dengan gelaran JKT, merupakan nama yang sinonim dengan bola sepak Sarawak dan merupakan antara pemain paling berjaya dari Sarawak.
Beliau pernah bermain untuk Sarawak FA, Terengganu FC, Pahang FA dan Selangor FA sebelum ini, sebelum berhijrah ke Kuching City.
Terkenal dengan kelincahannya di atas padang, Joseph juga telah dipanggil untuk mewakili negara sebanyak tujuh kali dan berjaya menjaringkan dua gol.
Pelantikan Joseph dilihat amat bertepatan dengan kedudukan beliau sebagai antara pemain yang paling dihormati dalam kelab Kuching City.