Selepas pelancaran jersi pasukan Bujang Senang kelmarin, beberapa warga penulis dan admin berbangsa Dayak di SarawakCrocs melahirkan perasaan agak kurang berpuas hati dengan kaedah ciri ‘Tribal’ atau ciri Dayak yang diletakkan di jersi tersebut.
Antara komen yang kami dapati secara kolektif adalah corak Dayak tersebut terlalu ‘detail’, sedangkan kebiasaanya corak Dayak adalah ‘simple’.
Satu lagi adalah pengunaan melulu ‘Bunga Terung’ pada jersi kali ini dimana kami difahamkan lambang ‘bunga terung’ itu sendiri mempunyai maksud tersendiri dan harus dibuat berpasangan.
Oleh yang demikian, pihak kami, dengan kebolehan photoshop yang amat terhad, mungkin setaraf budak tadika, telah menghasilkan jersi alternatif sepertti dibawah, yang mana kami lebih suka cara corak Dayak tersebut dipersembahkan.
Sempat juga design yang kat bawah ni. Mata mek rang kacaklah, mata kitak orang sik tauk kamek.
Mungkin anda tidak setuju dengan design kami, tapi di dalam kumpulan kami, tidak ada yang terlalu ‘pakar’ di dalam photoshop, dan inilah yang mampu kami buat. Kalau ikut hati, banyak lagi yang kami nak tambah, tapi yalah, sik pande gilak make photoshop.
Boleh komen, tapi iboh gaok gilak nganok =P
p/s: Impian suatu hari nanti, adalah pasukan bola kami sendiri, mun mampu.. tunggu sugar daddy loks spon. Mun sik pun sugar mummy.