Terdapat desas-desus mengatakan bahawa pengurusan Sarawak FA akan mengadakan majlis pelancaran jersi baharu pada 19 Januari ini.
Majlis pelancaran tersebut dijangka akan dilancarkan di pusat beli-belah terkemuka CityOne di Kuching.
Namun, Sarawak FA masih belum mengumumkan tarikh rasmi bagi majlis pelancaran tersebut.
Sarawak FA sebelum ini mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis pelancaran jersi baharu pada 14 Januari lepas kerana menghormati kematian mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
Khabar tidak rasmi menyatakan bahawa jersi pasiksn Sarawak musim ini adalah serupa untuk semua jersi, dengan jersi bercorak Dayak menjadi pilihan.