5 jersi paling menarik di Liga Malaysia 2020

Setiap musim, pasukan bola sepak akan mengeluarkan jersi paling menarik di Liga Malaysia bagi musim bola sepak yang baharu.

Jersi, ibarat lambang pasukan dan jersi yang menarik sudah pasti akan membuat peminat teruja.

Sungguhpun kebanyakan jersi adalah menarik dan cantik dalam gaya tersendiri, di sini kami senaraikan lima jersi yang kami rasakan paling menarik untuk musim 2020 Liga Malaysia.

JERSI KE-3 TERENGGANU FC [AL]

 

Jersi ketiga Terengganu FC rekaan Al Ikhsan Sports (AL) menarik pada kami kerana ianya berlainan dari jersi lain pasukan – pasukan Liga Malaysia.

Manipulasi garisan dan warna biru bijak dilakukan oleh pereka grafik AL, yang mana membuatkan jersi minimalis ini tampak ringkas, tetapi cukup bergaya.

Tambahan warna kuning dan merah memberi gaya kelainan pada jersi ini, dan susunan jenama pada jersi ini membuatkan ianya nampak sangat menarik.

BELI JERSI TERENGGANU FC

JERSI KE-3 PULAU PINANG FA [STALLION]

Walaupun jersi Pulau Pinang FA ini bukanlah jersi utama pasukan Pulau Pinang FA dan merupakan jersi ketiga pasukan tersebut.  Kami merasakan ianya cukup unik dan menarik, khususnya pada rekaan depan jersi tersebut.

Ini adalah kerana jersi jenama Stallion ini bijak mengatur garisan serta susunan pada jersi ini, sekaligus membuatkannya kelihatan minimalist, tetapi menarik.

Corak curve putih pada satu belah dipadankan dengan cantik dengan warna merah yang menjadi warna utama jersi tersebut.  Selain itu, susunan jenama juga membutakan jersi ini tidak terlalu penuh dan nampak kemas.

BELI JERSI PULAU PINANG FA

JERSI HOME MELAKA UNITED [AL]

jersi paling menarik di Liga Malaysia

Jersi home Melaka United yang dikeluarkan oleh Al Ikhsan Sports (AL) berkonsep minimalist dan ianya menggabungkan warna hijau yang berbeza untuk membuatkan jersi tersebut nampak menarik.

Pada bahagian lengan, jalur – jalur hijau muda di atas warna hijau tua membuatkan jersi ini kelihatan unik dan berbeza jika dibandingkan dengan pasukan lain.

Selain itu, jersi home Melaka United ini juga dilihat tidak terlalu penuh dengan penaja, sekaligus menyaksikannya nampak kemas dan teratur, sekaligus membuatkan kami memilihnya sebagai jersi kedua tercantik di Liga Malaysia musim ini.

BELI JERSI MELAKA UNITED

JERSI HOME SELANGOR FC [JOMA]

jersi paling menarik di Liga Malaysia

Jersi Home Selangor FC pada musim ini adalah jersi kedua terbaik pada pengamatan kami.

Walaupun ianya ringkas, namun ciri-ciri Selangor tetap terserlah pada jersi tersebut dengan warna merah dan kuning dimanipulasi secara baik.  Peletakan nama ‘Selangor FC’ pada lengan jersi home Selangor FC ini juga membuat jersi ini nampak ‘stail’.  Bukan itu sahaja, lokasi logo penaja juga nampak seimbang sekaligus membuatkan jersi ini hadir sebagai jersi kedua terbaik dalam Liga Malaysia.

BELI JERSI SELANGOR FC

JERSI PALING MENARIK 2020: JERSI HOME SARAWAK UNITED FC [JOMA]

Tidak dinafikan bahawa jersi pasukan Sarawak sememangnya mempu menarik perhatian saban tahun kerana rekaan jersi yang sentiasa unik kepada Sarawak.  Ini dapat dilakukan kerana jenama Starsport adalah jenama tempatan dari Kuching.

Sungguhpun demikian, ramai yang sangsi jika ini dapat dikekalkan apabila Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) memilih JOMA sebagai penaja jersi baharu mereka musim ini.  Oleh itu, sememangnya tidak diduga apabila jersi Sarawak United FC tahun ini dilihat amat menarik dan adalah yang paling cantik setakat ini.

Walaupun jersi kali ini tidak menampakkan sebarang corak Dayak seperti kebiasaannya, namun pereka jersi home Sarawak United FC bijak memanipulasi warna bendera Sarawak dan menghasilkan satu jersi yang unik dan menarik.  Ini menyebabkan kami meletakkan jersi home Sarawak United FC sebagai jersi paling menarik di Liga Malaysia musim ini.

BELI JERSI SARAWAK UNITED

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top