Jersi Kuching City: Inspirasi sebuah bandaraya!

Pelancaran jersi Kuching City FC menampakkan penggabungan tiga komponen utama bandaraya Kuching pada warna pilihan jersi tersebut, yakni Kuching Utara, Kuching Selatan, dam elemen positif.

Ini ditonjolkan apabila Kuching City memilih warna hijau, yang sinonim dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara, warna biru, yang sinonim dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan warna putih, yang sering dikaitkan dengan elemen positif, untuk menjadi warna utama tiga jersi baharu kelab tersebut musim ini.

Penggabungan ketiga – tiga warna itu pada hemat kami melambangkan perpaduan semua kawasan di dalam Bandaraya Kuching sebagai komuniti setempat yang menyokong kelab bola sepak yang baru bertukar nama ke Kuching City itu.

Malah, pemilihan tiga warna itu bagi kami amat bijak kerana ianya menegaskan lagi hakikat bahawa Kuching City mewakili seluruh Kuching dan bukannya hanya mewakili sebahagian Kuching sahaja.

Ini sekaligus memberi jenama Kuching lebih nilai dan lebih peminat, disamping menyerlahkan lagi hakikat bahawa Kuching City mahu menjadi kelab yang berjaya bersama – sama komuniti setempat, dan tidak akan taksub dengan diri sendiri.

Dengan Kuching City kini menyasarkan kedudukan di Liga Super 2022, ianya sudah pasti akan menjadi satu kebanggaan kepada semua komuniti bandaraya Kuching jika sasaran tersebut tercapai.

Malahan, kami juga kini kini boleh mebayangkan penyokong Kuching City hadir dengan menggunakan baju biru atau hijau di dalam stadium kelak, bagi menyerlahkan lokasi mereka di dalam bandaraya.

Ianya akan sekaligus menyaksikan satu gelobang biru dan hijau yang pasti hebat yang mewakili kedua – dua bandaraya Kuching di dalam satu arena yang besar.

Apapun, inspirasi dan keputusan menggunakan warna utama bagi Kuching Utara dan Kuching Selatan sememangnya sesuatu yang patut dipuji.

Ianya menunjukkan Kuching City bergerak ke arah yang betul dan kami berharap ianya akan kekal.

Tahniah Kuching City!

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top