Jersi baharu pasukan Bujang Senang akan dilancarkan pada hari Ahad ini.
Menurut maklumat yang kami perolehi, pelancaran tersebut dibuat sempena pembukaan Mydin Petra Jaya, sekaligus menyaksikan pelancaran jersi kali ini dibuat secara gabungan dengan acara lain, dan bukan secara bersendirian seperti tahun-tahun sudah.
Kami difahamkan acara pelancaran jersi Sarawak FA akan dibuat pada jam 2.30PM dengan kehadiran pemain-pemain Sarawak FA musim 2018.
Seperti kebiasaannya, ianya akan dilaksanakan oleh pihak Lea Sports Centre yang merupakan penjual barangan rasmi FAS.
Disebabkan LSC terlibat sekali lagi di dalam pelancaran jersi kali ini, pihak kami percaya jersi Bujang Senang akan sekali lagi menggunakan jenama Starsports yang merupakan jenama baju sukan tempatan, dan ianya direka oleh pihak LSC juga.