Jeremy Brockie yang sebelum ini dikhabarkan bakal ke Sarawak dilaporkan sangat berminat untuk ke Kuching bagi menyertai skuad Bujang Senang.
Sungguhpun demikian, sumber kami memaklumkan bahawa kedatangan beliau tidak dapat diteruskan kerana Jeremy masih terikat dengan kontrak lima tahun bersama skuad Wellington Ph0enix.
Sumber kami turut memaklumkan bahawa Jeremy telah cuba dibawa ke Sarawak untuk semusim sahaja mengikut kaedah ‘pinjaman’, namun kos yang terpaksa dibiayai Sarawak adalahmasih terlalu tinggi dan mungkin mengakibatkan Sarawak tidak mampu membiayai pemain import lain.
Jeremy yang merupakan penyerang terbilang skuad kebangsaan New Zealand dalam pada itu telah menyertai pasukan kebangsaannya ke Thailand dan China untuk beberapa siri perlawanan persahabatan di sana.