Jemput guru, Kapit FA harap dapat perluaskan akademi ke Song

KAPIT – Persatuan Bolasepak Bahagian Kapit (Kapit FA) hari ini mengumumkan jemputan kepada guru-guru di Daerah Song untuk memohon menjadikan sekolah mereka sebagai salah sebuah pusat latihan Akademi Bolasepak di bawah naungan Kapit FA.

Menurut Jawatankuasa Pembangunan Bolasepak Kapit FA, Benedict Poh, guru-guru yang berminat menjadikan sekolah mereka sebagai pusat latihan Akademi Bolasepak Kapit perlu mendapatkan kebenaran pengetua atau guru besar sekolah masing-masing sebelum memohon.

Tambah Benedict, selain daripada syarat perlu memiliki padang bolasepak, guru juga perlu memastikan mereka memiliki Lesen Jurulatih PRA C AFC, dan terletak berdekatan Pekan Song.

Antara kelebihan sekolah yang menjadi pusat latihan bolasepak di bawah Kapit FA adalah penerimaan peralatan latihan bolasepak secara percuma, dan penyertaan ke Liga Bolasepak Belia bawah 19 tahun dan bawah 12 tahun.

Guru yang menjadi jurulatih di pusat tersebut akan juga diberi elaun jurulatih.

Dalam pada itu, guru yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui pengetua atau guru besar sekolah masing-masing ke Kapit FA sebelum 14 Julai ini. – sarawakcrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top