Skuad bimbingan Bojan Hodak tersingkir awal selepas Pahang FA muncul pemenang perlawanan Pusingan Kedua Piala FA Malaysia diantara JDT dan Pahang yang berakhir sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi hebat di Stadium Darul Makmur, sehinggakan mereka gagal dipisahkan setelah tamatnya masa penuh perlawanan 90 minit dengan JDT dan juga Pahang terikat 1-1 hasil jaringan Matias Conti pada minit ke 20, dan Harris Harun pada minit ke 80.
Dengan masa tambahan gagal juga memberikan kemenangan kepada mana-mana pihak,pengadil mengarahkan sepakan penalti dibuat bagi menentukan pasukan mana akan layak ke peringkat seterusnya di dalam Piala FA musim ini.
Malang walaubagaimanapun milik JDT apabila Junior Eldstal dan Luciano F. gagal menemui belakang jaring,sekaligus memberikan kemenangan malam ini kepads skuad Tok Gajah dengan kemenangan 4-2 melalui sepakan penalti.