JDT sah pikat pemain pasukan Sarawak

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kelmarin mengesahkan mereka sudah memperolehi tandatangan penyerang Sarawak, Syahrul Azwari.

Syahrul Azwari yang sebelum ini berkhidmat untuk Kelantan, sebelum berhijrah ke Sarawak pada musim lalu, menjadi bahan bicara arena bolasepak negara selepas perpindahan beliau ke Sarawak pada awal musim 2016 tidak mendapat restu Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), yang menyatakan beliau ditandatangani secara tidak sah oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Kes terebut telah berjaya diselesaikan secara baik oleh KAFA dan FAS, namun kehadiran Syahrul di Stadium Negeri tidak memberi impak yang besar ekoran jarang diturunkan kerana persaingan tinggi dengan pemain import pasukan Bujang Senang.

Sungguhpun demikian, kebolehan Syahrul sememangnya tidak dapat dinafikan apabila beliau sering mengucar-ngacirkan pintu gol lawan jika diturunkan.

Pemergian Syahrul sememangnya dijangka ekoran kehendak baharu pengurusan Bujang Senang yang mahukan 90 peratus anak Sarawak di dalam pasukan musim hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top