Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mencipta sejarah apabila memenangi Piala AFC semalam di Central Republican Stadium di Dushanbe.
Kemenangan tersebut menyaksikan JDT berjaya menewaskan kelab gergasi FC Istiklol dengan jaringan tunggal perlawanan dihasilkan Leandro Velazquez pada minit ke-22 perlawanan.
Dengan kemenangan tersebut, Johor mencipta sejarah negara dan Asia Tenggara apabila menjadi pasukan pertama dari benua Asia Tenggara berjaya merangkul kejuaraan piala berprestij tersebut yang banyak didominasi pasukan-pasukan Timur Tengah.
Dalam pada itu, kerajaan negeri Johor malam tadi telah mengumumkan bahawa hari keesokkannya (hari ini), adalah cuti umum bagi seluruh Johor bagi merayakan kemenangan tersebut.