Johor Daryl Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Liga Super buat julung kalinya selepas menewaskan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri malam tadi.
Pasukan yang dibintangi banyak pemain kebangsaan itu terpaksa menunggu sehingga saat terakhir untuk merangkul kejuaraan apabila tewas mengejut kepada beberapa pasukan bukan pilihan pada musim ini, yang sekaligus melihat pasukan yang dikenali sebagai ‘Harimau Selatan’ itu bergelut untuk mengekalkan prestasi kemenangan yang konsisten.
Pasukan JDT juga terpaksa bersaing hebat dengan Selangor FA, yang pada satu ketika juga mendahului tahta Liga Super.
Sungguhpun demikian, JDT berjaya merampas tahta liga dengan kelebihan satu mata keatas Selangor dan telah bertindak cemerlang mengekalkan kedudukan mereka sehingga perlawanan terakhir pada hari ini, dan sekaligus menamatkan musim 2014 Liga Super sebagai juara.
Selangor kekal di tangga kedua Liga Super, sambil pasukan T-Team dan PKNS FC mendapati diri mereka kembali ke Liga Perdana pada musim hadapan.