JDT mahu musnahkan Sarawak

Khabar kurang baik dari Larkin untuk skuad Bujang Senang apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan mempunyai skuad terkuat untuk berhadapan skuad Bujang Senang malam ini.

Menurut Bojan Hodak, jurulatih JDT, pasukan beliau bersedia memberikan persembahan sehabis baik untuk menang ke atas Sarawak di hadapan ribuan penyokong sendiri dalam aksi Liga Super 2014 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Bojan menambah bahawa kesemua pemainnya kini ‘ghairah’ untuk memburu tiga mata penuh dan tumpuan kini terarah kepada usaha membenam skuad Bujang Senang.

Bekas pemain Sarawak, S Chanturu dikhabarkan sudah pulih, manakala Jasazrin Jamaluddin, Jorge Pereyra Diaz dan Mohd Daudsu Jamaluddin juga sudah kembali berlatih untuk persediaan menentang Sarawak.

Sumber berita: SH

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top