Kelab terkaya Malaysia, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) menerima khabar gembira Ahad lalu apabila mereka dikurniakan dana sebanyak RM50 juta oleh Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Menurut kenyataan JDT FC, sumbangan tersebut adalah disebabkan DYMM Tuanku amat gembira melihat sukan bolasepak berjaya menyatupadukan rakyat Johor, dan sekaligus mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa.
Di dalam kenyataan yang sama, pemilik JDT FC, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berterima kasih kepada DYMM Tuanku di atas kurniaan tersebut.