JDT FC kini milik TMJ selepas penswastaan pasukan

Pasukan Liga Super Malaysia Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDTFC) kini merupakan pasukan milik penuh Tengku Mahkota Johor (TMJ) DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ), TMJ merupakan pemegang milikan majoriti pasukan tersebut dan turut akan memiliki semua kelab di bawah naungan JDT termasuk JDT II, JDT III dan JDT IV. JDT dalam pada itu akan mengelolakan sendiri program pembangunan bolasepaknya sendiri, termasuk membangunkan infrastruktur yang diperlukannya.

PBNJ pula akan memberi fokus kepada pengelolaan pertandingan bolasepak di peringkat Johor dan negara, sekaligus menyaksikan PBNJ terkeluar daripada pengurusan bolasepak pasukan JDT FC secara langsung.

Sungguhpun PBNJ tidak lagi menguruskan JDTFC, pengaruh kelab tersebut di dalam PBNJ dilihat masih kuat dengan pengekalan TMJ sebagai penaung PBNJ.

Untuk rekod, JDT adalah pasukan pertama di Malaysia yang memiliki lesen kelab dan berstatus kelab professional sepenuhnya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top