Johor Darul Ta’zim II (JDT II) berjaya menjulang Challenge Cup 2019 Sabtu lalu selepas menumpaskan UKM FC melalui penentuan sepakan penalti.
Perlawanan sengit itu menyaksikan JDT II membawa bekalan satu gol ke Cheras, dimana UKM berjaya menyamakan kedudukan dari segi aggregat setelah Mateo Roskam menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-82.
Dengan kedua-dua pasukan terus terikat pada minit tambahan, JDT II muncul juara Challenge Cup 2019 dengan menewaskan UKM FC 6 – 5 melalui sepakan penalti.
Kejayaan JDT II itu mendapat pujian ketua jurulatihnya Ervin Boban yang berkata bahawa pemain-pemainnya telah membuat persediaan terbaik untuk pertandingan ini.
Beliau dipetik akhbar New Straits Times (NST) sebagai berkata bahawa kejayaan menjuarai Challenge Cup adalah hasil usaha keras pemainnya sambil menegaskan pemainnya berhak untuk memenangi pertandingan tersebut .
Penolong Jurulatih UKM Juzaili Samion dipetik NST sebagai berkata bahawa pemainnya seharusnya bangga dengan kejayaan di dalam pertandingan tersebut sambil berkata tuah tidak menyebelahi pasukannya.