JDT FC II harap dapat ke pentas final Challenge Cup

Jurulatih JDT II, Ervin Boban mengakui kejohanan Challenge Cup akan menjadi platform terbaik kebangkitan anak buahnya selepas penurunan prestasi di penghujung kempen Liga Premier yang menyaksikan mereka menduduki tangga kedua musim ini.

Lebih tepat, Boban berharap kejayaan layak ke pentas final Challenge Cup 2019 dapat mengubati kekecewaan selepas menyaksikan JDT II diundi dengan Kelantan dan Sarawak dalam saingan Kumpulan A.

“Saya berharap kami dapat memberikan yang terbaik dan saya sedang mencari sebab mengapa prestasi kami sedikit menurun dalam beberapa perlawanan tetapi seperti saya katakan sebelum ini bola sepak itu aneh.

“Pada akhirnya, kami akan cuba sedaya upaya untuk layak ke pentas final Challenge Cup pada musim ini,” katanya.

Kejohanan Challenge Cup 2019 membuka tirai pada 6, 7 dan 8 Ogos disusuli dua aksi final yang bakal diadakan pada 6 dan 12 Oktober depan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top