Pasukan JDT dan Pahang berkemungkinan akan disingkirkan dari Kejohanan Piala Asia (AFC Cup) sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diharamkan oleh Federasi Bolasepak Dunia (FIFA).
Ini adalah berlandaskan kesan-kesan langsung hasil daripada pengharaman badan induk bolasepak sesebuah negara oleh FIFA.
Menurut laman sukan FourFourTwo (FFT), yang membandingkan pengharaman Persatuan Bolasepak Indonesia dengan kemungkinan berlaku pengharaman FAM, apa yang berlaku di Indonesia, mungkin akan berlaku di Malaysia.
Menurut laman tersebut, pengharaman FAM oleh FIFA bakal menyaksikan Malaysia turut dihalang dari menyertai sebarang kejohanan anjuran FAM dan badan-badan naungannya, dan ini termasuklah AFC (Konfiderasi Bolasepak Asia).
Tambah laman tersebut, pemain-pemain yang bermain di Malaysia, serta pegawai-pegawai di bawah naungan FAM juga akan terkesan dari pengharaman FAM kerana mereka tidak akan dibenarkan menyertai sebarang program anjuran FIFA.
FFT turut menjelaskan bahawa wujud kemungkinan Liga Super Malaysia, dan semua liga yang kini dikendalikan FAM akan terjejas secara langsung. Ini adalah kerana FAM tidak akan dibenarkan lagi untuk menganjurkan sebarang pertandingan domestik sekaligus menjejaskan pasukan-pasukan di Malaysia.
FAM juga bakal kehilangan segala keistimewaan sebagai ahli gabungan FIFA.
Untuk makluman umum, mengikut undang-undang FIFA, hanya satu persatuan sahaja boleh mewakili sesebuah negara di dalam konfiderasinya, dan segala permohonan ahli baru mesti melalui tempoh percubaan selama dua tahun. Persatuan baru tersebt juga harus diiktiraf oleh kerajaan negara tersebut.
SPONSORED:
Saksikan Nanasheme dan banyak lagi artis youtube berkebolehan pada hujung minggu ini (12 Sept) di Festival Media Sosial #LiveKCH di CityOne Megamall Kuching. Sertai lucky draw, pertandingan King and Queen, pertandingan video IG terbaik dan banyak lagi di festival unik ini. Masuk PERCUMA, WiFi PERCUMA, Enjoy PERCUMA! Dianjurkan Sarawak Bloggers Soceity. Acara bermula 1030pagi. Untuk info lanjut, layari http://hashtaglive.my.