Pengerusi Jawatankuasa Perubatan FIFA, Michel D’Hooghe mahu semua liga bola sepak di dunia dibatalkan.
D’Hooghe berkata bahawa beliau tidak mahu liga musim ini diteruskan dan mahukan semua liga bola sepak disambung dengan membuka musim baharu terus pada akhir bulan Ogos tahun ini.
Menurut D’Hooghe, memulakan liga lewat akan membantu membendung serangan kedua virus Covid-19.
Beliau memberitahu Daily Telegraph: “Kita semua adalah dirujuk kepada pihak berkuasa di peringkat pusat. Ianya sangat mudah. Bola sepak kini secara tiba – tiba bukan lagi perkara terpenting dalam kehidupan.
“Saya akan sangat gembira jika kita boleh bermula semula, tetapi sebagai langkah mudah, kita harus memulakan pada kejohanan baharu, yakni kia tidak harus ada sebarang pertandingan sebelum musim baharu.
“Jika kita dapat memulakan musim 2020 – 21 pada penghujung Ogos, atau pada awal September, saya akan gembira. Ini akan membolehkan kita mengelakkan serangan kedua daripada virus, yang sememangnya boleh berlaku.”
D’Hooghe juga menyatakan bahawa pendapat beliau adalah berdasarkan bahawa situasi Covid-19 kini bukan berkenaan membuat wang, tetapi untuk membolehkan manusia meneruskan kehidupan.
“Semua orang perlu berhati – hati ketika ini. Saya telah mendengar banyak negara mahu memulakan liga bola sepak mereka semula, dengan atau tanpa penonton.
“Dalam karier panjang saya ini, saya telah melihat banyak situasi dimana hadir keseimbangan di anatara ekonomi dan kesihatan. Dalam banyak situasi, ekonomi akan menang.
“Tetapi jika ada satu situasi dimana kesihatan akan menang, ianya adalah sekarang. Ini bukan soal duit, tetapi soal hidup dan mati. Ianya sangat mudah.”