Jangan pandang enteng UiTM

KUCHING: Pengendali Sarawak Robert Alberts mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak me­mandang rendah keupayaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) FC menjelang per­temuan Liga Perdana di Stadium UiTM, Shah Alam esok.

Katanya, skuad bimbingan Azman Eusoffitu pastinya mahu memanfaatkan kelebi­han beraksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata pe­nuh sekali gus memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga.

“UiTM adalah pasukan yang liat untuk ditewaskan kerana mereka mempunyai barisan pemain yang rata-ra­tanya masih muda. Saya yakin kali ini mereka akan lebih berbahaya,” katanya.

“Apapun, misi kita tetap sama iaitu memburu satu lagi kemenangan untuk men­gukuhkan kedudukan mem­buru kejuaraan liga.

“Justeru, saya menegaskan kepada pemain agar tidak me­lepaskan peluang keemasan ini dan memberi persembahan terbaik nanti (Jumaat).”

Alberts juga menjelaskan perlawanan ini sangat pent­ing baginya untuk menguji keserasian pemain baharu Muamer Salibasic dengan rakan sepasukan.

Setakat ini, katanya, beliau cukup berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh penyerang dari Bosnia itu pada aksi pertamanya ketika menewaskan Kedah pada Jumaat lepas.

“Saya yakin dengan ke­mampuan Muamer dan ber­harap beliau akan menjaring­kan gol sulungnya pada perla­wanan itu nanti,” katanya.

Sarawak akan turun tanpa kelibat tonggak tengah Guy Bwele dan kapten Shahrol Saperi yang digantung satu perlawanan.

Bagaimanapun, sedikit khabar gembira buat penyokong apabila penjaga gol utama Sani Anuar Kam­sani dijangka diturunkan setelah pulih daripada keced­eraan lutut.

Pemain tinggi lampai dari Sabah Junior Eldstal juga akan diturunkan bagi mem­bantu memantapkan barisan pertahanan.

Sarawak masih kekal di tangga kedua setelah melalui 13 perlawanan dengan men­gumpul 31 mata.

Kemenangan esok akan membolehkan mereka terus memberi tekanan kepada pendahulu liga Sime Darby yang akan bertandang ke Sabah.

Sumber: Utusan Borneo

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top