Jangan lupa bayar kami kata bekas pemain

Tindakan Kerajaan Sarawak mengumumkan pemberian dana kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) malam tadi telah mendapat reaksi daripada bekas pemain-pemain Sarawak FA.

Antaranya adalah penyerang sensasi Bobby Gonzales yang dipetik sebagai berkata “Alhamdulilah, jangan lupa lunaskan gaji 2019” di media sosial beliau.

Tidak cukup dengan itu, bekas pemain pertahanan import Sarawak, Miloš Raičković juga memberi bayangan ada bayaran belum dibayar sejak 2018 apabila meninggalkan komen “and 2018 also” di komen instargam Bobby.

Sebelum ini, laman Labola Malaya telah mengkhabarkan bahawa Bobby Gonzales masih belum menerima gaji dari pasukan lama beliau.

Dibawah ini kami kongsikan reaksi yang kami perolehi.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 Harap dapat lunas tunggakan gaji 2019..Amiinnn 🙏🏻🙏🏻🙏🏻

A post shared by Bobby Gonzales (BG9) (@rizqy10) on

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top