Isu gaji pemain TRW belum langsai

Sungguhpun mendapat suntikan jutaan ringgit, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) nampaknya belum lagi melangsaikan hutang gaji mereka apabila bekas pemain import mereka Austin Amutu, kembali menuntut wang gaji berjumlah RM170,000 dari persatuan tersebut.

Menurut Amutu, KAFA telah mengakui kepada beliau bahawa mereka tidak empunyai wang untuk melunaskan bayaran gaji tertunggak tersebut tetapi beliau berharap KAFA akan tetap berusaha menyelesaikan tunggakkan yang dijanjikan kepadanya sebagai pemain.

Amutu telah beraksi dengan Kelantan musim lalu apabila KAFA memeterai perjanjian dengan kelabnya Warri Wolves FC yang beraksi di Liga Nigeria.

Penyerang dari Nigeria itu telah berhijrah ke kelab Israel musim ini selepas menamatkan tempoh pinjaman beliau bersama TRW.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top