Ketua jurulatih Kuching City, Irfan bakti, mengakui beliau terkejut dengan perubahan taktikal JDT II yang mana mereka kalahkan kelmarin Kuching City ‘come-back’ untuk atasi JDT II.
Irfan yang bercakap selepas perlawanan berkata bahawa dia membayangkan JDT II akan bermain secara ‘build-up’ play, namun apa yag dipersembahkan oleh pasukan bimbingan Rafael Francisco Gil Sanchez itu ternyata berbeza apabila mereka mempersembahan permainan bola sepak secara ‘direct football’.
Menurut Irfam kesannya, pemain beliau lambat mengadaptasikan diri dengan situasi perlawanan, dan banyak ruang diberikan kepada JDT II untuk menyerang.
“Saya tak sangka hari ini JDT main macam tu. Selalunya JDT main build-up, dia main bola.” kata Irfan.
“Jadi saya bagitahu pemain saya, jangkaan saya salah, dimana JDT sepatutnya main bola. Tapi JDT main direct football.
“Tapi pemain saya lambat membaca, contohnya bola tinggi kepada pemain nombor sembilan selalunya tidak dikawal. Maknanya pembacaan perlawanan tu lambant sangat.” jelas Irfan lagi.
Dalam pada itu Irfan juga mendedahkan bahawa pada babak kedua, pemainnya telah dimaklumkan untuk menukar corak permainan mereka dan kesannya membuahkan hasil.
Jelas Irfan, pemainnya telah dinasihatkan agar tidak mengikut corak permainan JDT dan perlu lebih yakin.
“Saya bagitahu pemain saya, pada babak kedua mereka tidak harus mengikut corak permainan JDT. 45 minit tu lama, dan hasilnya mereka berjaya.” kata Irfan lagi.
Dalam perkembangan sama, ketua jurulatih JDT II, Rafael menyatakan biarpun tewas, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang beliau sifatkan sebagai telah bekerja keras sepanjang perlawanan.