Bola sepak Sarawak sebelum ini telah diwakili oleh pasukan Sarawak FA pada peringkat tertinggi bola sepak Malaysia.
Sepanjang Sarawak FA mewakili bumi Kenyalang, telah hadir beberapa insiden yang bersejarah dan tidak akan dilupakan sehingga masa akan datang.
Di sini kami nyatakan beberapa insiden tersebut.
3INSIDEN STADUM NEGERI

Kejayaan dan konsistensi pasukan Sarawak FA pada era 90-an menyaksikan lebih ramai pemainat bola sepak turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Sarawak FA pada masa itu.
Ini telah membuat Stadium Negeri yang berkapasiti 26,000 kerap penuh dan telah menjadi terlalu sesak semasa Sarawak FA menerima kunjungan Kedah FA pada 28 Oktober 1988. Pada perlawanan tersebut, dianggarkan lebih 30,000 telah hadir untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia sekaligus menyaksikan pintu pagar stadium gagal ditutup dan penonton sehinggakan duduk di tepi trek bagi menyaksikan perlawanan tersebut.
Perlawanan itu akhirnya ditunda dan diadakan semula di Singapura di mana Sarawak tewas 2-1 secara aggregat.
Sumber gambar: Bicratanpasuara2.blogspot.com