Pihak SarawakCrocs telah membuat kajian mengenai prestasi pasukan Sarawak FA di Liga Perdana 2018. Pelbagai permasalahan berjaga dirungkai namun masalah yang paling bahaya untuk Sarawak FA adalah kualiti pemain tempatan.
Dari 20 perlawanan yang ditempuh, pasukan Sarawak FA hanya mampu menjaringkan 27 gol sahaja. Apa yang membimbangkan adalah hanya lima pemain sahaja yang berjaya menjaringkan gol dari keseluruhan skuad.
Dari jumlah itu pula, sembilan gol dijaringkan Matteo Roskam manakala 14 disumbangkan oleh pemain asal Sabah, Bobby Gonzalez.
Jadi hanya empat gol yang dijaringkan oleh anak jati Sarawak. Dua gol dari Dzulazlan Ibrahim dan masing-masing satu gol dari Rahim Razak dan Alif Hassan.
Dimanakah pemain-pemain Sarawak yang lain. Apakah mereka tidak mempunyai keinginan untuk menjaringkan gol. Tiga pemain asal Sarawak dari jumlah keseluruhan pemain adalah satu statistik yang buruk.
Pemain anak jati Sarawak seolah-olah selesa berada di dalam skuad dan tidak perlu berusaha kerana tahu anak jati akan diberi perlindungan oleh pengurusan pasukan. Mereka juga seolah-olah menentukan kesebelasan utama pasukan Sarawak.
Sekarang jelaslah mengapa pasukan Sarawak FA sentiasa bermasalah. Takkanlah dalam negeri Sarawak yang besar ini kita hanya mampu melahirkan tiga penjaring gol. Bayangkan musim Sarawak FA tanpa Matteo dan Bobby.
Sarawak FA sememangnya harus dibubarkan. Bina semula dengan kelab-kelab komuniti yang pasti mempunyai banyak bakat-bakat tempatan yang mampu dibawa ke tengah.
FAS wajib memandang serius perkara ini. Ya, kami tahu anda tidak mempunyai jabatan statistik yang menyimpan rekod seperti kami. Oleh itu kami persembahkan kepada anda statistik penjaring pasukan Sarawak FA.
Terima kasih kepada kami kemudian. Sekarang jalankan tugas anda. Jangan bermimpi hendak ke Liga Super jika hanya lima pemain sahaja yang mampu menjaringkan gol. Salam ngap sayot. – SARAWAKCROCS.COM/JJF