Sebelum ini, pihak kami telah dimaklumkan berkenaan Pertandingan Mencipta Logo baharu skuad Bujang Senang bagi musim 2016.
Pertandingan yang dikelolakan oleh pihak Lea Sports Centre (LSC) menyaksikan pasukan Sarawak bakal memiliki sebuah logo yang bercirikan ‘Buaya’, yang juga kini merupakan maskot rasmi Sarawak.
Dalam pada itu, pihak kami telah menghubungi sumber-sumber kami yang dipercayai, dan telah dimaklumkan bahawa logo baharu tersebut adalah lambang baharu bagi pasukan Sarawak bermula musim hadapan.
Menurut sumber kami, Liga Malaysia akan diswastakan pada musim hadapan, dan semua pasukan perlu menjenamakan pasukan masing-masing bagi mengikut arus perubahan tersebut.
Sumber sama turut menyebut bahawa logo skuad Sarawak yang baru adalah logo pasukan, dan bukan logo persatuan, sambil memberi contoh pasukan Johor Darul Ta’zim yang menggunakan logo harimau, namun masih mengekalkan logo Johor untuk Persatuan Bolasepak Johor.
Dengan penjelasan sumber tersebut, maka terjawablah isu berkenaan logo Sarawak bagi musim 2016, namun kini, muncul pula teka teki berkenaan logo yang bakal dipilih kelak. Untuk itu, sama-sama kita nantikan.
PESANAN KOMUNITI:
Saksikan Nanasheme sempena Festival Media Sosial #LiveKCH 12 September ini di CityOne Megamall, Kuching, bermula 1030AM – 8PM. Masuk percuma! Klik imej dibawah untuk maklumat lanjut atau follow instagram http://instagram.com/thehashtaglive