Ikut penetapan pihak pengurusan

Pemain baharu Sarawak United, Norshahrul Idlan Talaha tidak mahu memikirkan samada beliau akan digandingkan semula dengan Amri Yahyah apabila menyertai pasukan tersebut pada musim hadapan.

Menurut Norshahrul, keputusan siapa gandingan beliau di kelab tersebut kelak akan menjadi keputusan muktamad pihak pengurusan Sarawak United.

Beliau berkata demikian apabila ditanya samada hadir kemungkinan beliau diandingkan semula dengan Amri yang merupakan rakan penyerang beiau di pasukan JDT FC.

“Itu perancangan Sarawak United. Samada saya berganding dengan pemain import atau tempatan, saya berserah dengan pengurusan Sarawak United.” kata Norshahrul kepada Nadi Arena dalam satu sesi temuramah.

Dalam perkembangan sama, Norshahrul juga menegaskan beliau akan memberikan yang terbaik apabila bermain untuk Sarawak United kelak.

“Bagi saya, samada saya bermain di Liga Perdana atau Liga Super, saya akan beri yang terbaik untuk pasukan atau majikan saya.” jelasnya lagi.

Norshahrul merupakan pemain terbaharu Sarawak United dan beliau dijangka akan digandingkan dengan beberapa pemain baharu yang akan dibawa masuk pihak pengurusan kelab tersebut pada musim hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top