Ian tidak sabar melihat gandingan jentera serangan beliau

Ketua jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan melahirkan perasaan teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan gandingan penyerang beliau yang terdiri daripada Bobby Gonzales dan Mateo Roskam.

Beliau yang dipetik akhbar Utusan Borneo percaya bahawa kedua penyerang tersebut mampu menggerunkan barisan pertahanan pihak lawan.

Turut bakal beraksi malam ini adalah pemain tengah Milos Raickovic dan Nebosja Marinkovic yang akan mengemudi bahagian tengah pasukan Sarawak FA, sekaligus menyaksikan pasukan bertapak di Kuching itu menurunkan dua pemain import asing sebagai pemain tengah buat pertama kali selepas sekian lama bergantung harap dengan hanya satu pemain import di bahagian tersebut.

Di bahagian pertahanan, bekas pemain kebangsaan Kim Chi0Gon juga bakal diturunkan pertama kali di dalam Liga Malaysia.

Ian dalam pada itu berharap semua pemain akan memberi fokus kepada memburu kemenangan, sambil mengelakkan kesilapan yang boleh membawa padah.

Sarawak FA akan bertemu Kuantan FA untuk perlawanan pertama Liga Premier hari ini di Stadium Negeri pada jam 4:15PM.

Kami akan membawakan perlawanan Liga Premier diantara Sarawak FA menentang Kuantan FA melalui Instagram dan Twitter kami. Jangan sik follow!

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top