Berita terbaru yang diterima hari ini oleh pihak kami mengesahkan bahawa Mark Hartmann, penyerang dari negara Filipina, sudah lulus pemeriksaan perubatan dan sah akan diikat oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) di dalam masa terdekat.
Penyerang sensasi berdarah kacukan Inggeris itu dijangka akan digandingkan dengan barisan penyerang tempatan dari Sarawak pada kempen Liga Malaysia 2017.
Dalam perkembangan sama, dua lagi pemain import, Teah Dennis, dan juga Lee Jong-Ho dikatakan belum sah bersama pasukan dan status mereka masih dikategorikan sebagai ‘belum pasti’.
Sarawak dalam pada itu masih lagi mencari pemain lain untuk mengisi slot pemain import yang perlu diisi sebelum sepak mula Liga Malaysia 2017.