Harga tiket perlawanan di Stadium Negeri kini termasuk GST

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dalam satu email kepada pihak SarawakCrocs.com memaklumkan bahawa peminat skuad Bujang Senang tidak perlu gusar berkenaan harga tiket Sarawak selepas implementasi Cukai Servis & Barangan (GST) bagi perlawanan di Stadium Negeri akan kekal seperti dahulu.

Menurut email tersebut, harga tiket sudah termasuk GST dan kenaikan harga tidak akan berlaku, sekaligus menutup kegusaran peminat yang sebelum ini risau harga tiket untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka menjadi lebih mahal selepas implementasi GST 1 April lepas.

Sarawak akan bertemu Sime Darby FC esok yang mana merupakan perlawanan pertama Sarawak di tempat sendiri selepas GST dilaksanakan di seluruh negara 1 April lalu.

Tiket-tiket perlawanan boleh didapati di Stadium Negeri dan cawangan Lea Sports Centre.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top