Harga tiket untuk beberapa zon di Stadium Negeri untuk pasukan Bujang Senang telah diturunkan.
Perkara itu diperhatikan di laman web rasmi penjualan tiket secara online pasukan Sarawak, TiketPanas.
Bagi teres terbuka, harga tiket dikekalkan pada harga RM15, manakala harga bagi teres berbumbung A dan B telah diturunkan kepada RM20 daripada RM25 sebelumnya.
Bagi teres tertutup C, harga tiket telah juga diturunkan ke RM30 berbanding RM35 pada tahun sebelumnya.
Bagi peminat yang ingin berjimat, pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengumumkan harga tiket bermusim yang lebih berpatutan seperti yang anda lihat di sini.
Harga tiket telah menjadi isu sejak kemerosotan prestasi pasukan Bujang Senang bermula 2014 dimana peminat rata-rata mahukan tiket dijual pada harga lebih murah.