Halangan terakhir untuk Kuching FA sebelum beraksi di Liga Malaysia

Sebelum ini, telah diberitakan bahawa Kuching FA bakal menyertai Liga Divisyen Ketiga, Liga FAM, di dalam Liga Malaysia.

Namun, pihak kami difahamkan bahawa pasukan yang dilatih oleh bekas pemain Sarawak Sharizan Sahari dan Ideris Untong itu,  perlu lulus satu lagi saringan terakhir sebelum mereka boleh mula bersaing di liga tersebut.

Saringan tersebut meliputi perkara-perkara teknikal dan pengurusan yang telah disyaratkan untuk semua pasukan yang bertanding di Liga Malaysia, dan ianya turut meliputi aspek kewangan pasukan Kuching, yang mana turut melibatkan surat jaminan dari penaja pasukan.

Selain daripada itu, Kuching juga perlu bersetuju dan telah mengikuti peraturan-peraturan Liga Malaysia, khususnya Liga FAM, selain mempunyai venue perlawanan yang tetap dan disahkan sesuai oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Jika segalanya berjalan lancar, Kuching akan secara rasminya menamatkan penantian warga Kuching,  dan warga Sarawak amnya, untuk satu lagi pasukan untuk disokong di dalam Liga Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top