Gilmar bakal dapat durian runtuh lebih RM305,000 dari KAFA

Penyerang pasukan Liga Super Gilmar da Silva Filho bakal mendapat durian runtuh hampir RM305,000 apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahkan bekas majikannya Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menjelaskan tunggakan gaji penyerang Brazil tersebut sebelum 15 April ini.

Menurut siaran media FAM, KAFA perlu melunaskan bayaran tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan September 2015 hingga November 2015 berjumlah USD48,000.00 (RM199,000), baki ‘Signing Fee’ berjumlah USD16,000.00 (RM66,000), bonus jarinagn berjumlah USD9,000.00 (RM37,000) dan tiket kapal terbang bernilai RM3,000.00.

KAFA juga dikehendaki membayar yuran agen Gilmar yang tertunggak sebanyak USD16,000.00 (RM66,000), sekaligus menyaksikan KAFA perlu melunaskan hampir RM371,000 kepada Gilmar seorang sahaja.

Selain daripada kes Gilmar, FAM turut mengarahkan Kelab Bolasepak UiTM membayar tunggakan gaji sebanyak RM12,000 kepada Manja bin Man, manakala Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diminta membayar tunggakan gaji bulanan kepada Muhammad Hafiz bin Abu Hassan (RM5,000.00), Mohd Nasrullah bin Mohd Nasir (RM4,000.00), Hishamuddin bin Othman (RM4,000.00) dan Kairul Izwan bin Khalid (RM4,000.00).

Semua keputusan tersebut telah dibuat oleh Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 11 Februari 2016 (Khamis).

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top