Fuad capai sasaran. Mungkin dikekalkan?

Dengan skuad Bujang Senang sah mengekalkan kedudukan di Liga Super bagi musim 2016, kini timbul persoalan penting berkenaan hala tuju jurulatih interim Sarawak, Fuad Gbersic.

Jika diikutkan, sasaran awal Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) untuk Fuad adalah untuk kekal di Liga Super, dan ini telah dicapai melalui kemenangan 2-1 ke atas Lions XII Rabu lalu yang sekaligus menyaksikan Sarawak selamat dari zon penyingkiran di Liga Super.

Badi tanpa kemenangan selama sepuluh perlawanan skuad Bujang Senang akhirnya berakhir dengan kemenangan tersebut dan Fuad telah diberikan banyak pujian kerana berjaya mengubah nasib skuad yang dahulunya dibimbing Robert Alberts. Fuad juga dilihat berani mengetengahkan beberapa pemain muda dan baharu, sesuatu yang tidak dilakukan semasa Robert menjadi jurulatih Sarawak.

Sungguhpun demikian, ada sesetengah berpendapat Fuad masih terlalu ‘mentah’ untuk tugasan berat di Liga Super, dengan beberapa individu mengatakan bahawa beliau gagal mengubah nasib skuad Piala Belia yang telah diamanahkan kepada beliau sebelum ini.

Fuad dijangka akan terus membimbing skuad Sarawak ketika kancah Piala Malaysia musim ini, dan pasti ramai akan melihat pencapaian beliau di dalam pertandingan tersebut sebagai penanda aras kepada samada beliau perlu dikekalkan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top