Format Liga Malaysia bagi musim 2017 akan dikekalkan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
Keputusan tersebut didedahkan FMLLP melalui satu kenyataan di laman sosialnya.
Menurut FMLLP, kesemua wakil pasukan yang hadir pada sesi perbincangan khas Liga Malaysia kelmarin telah bersetuju mengekalkan format liga sebagaimana ianya dijalankan musim ini, dengan Piala Malaysia terus dijalankan serentak dengan Liga Malaysia dan Piala FA.
Walaubagaimanapun, Piala Malaysia akan dimulakan lebih awal dari musim lepas bagi mengelakkan berlakunya kepadatan jadual seperti yang berlaku musim ini.
Dalam pada itu, Liga Malaysia akan dikekalkan selama 10 bulan, dengan pertandingan bermula seawal 20 Januari, dengan semua pertandingan tamat pada bulan Oktober.
INFO: For updates on football/futsal tournaments, check out our Calendar. For Sarawak 2017 transfer summary, go here.