Dalam satu tindakan yang ‘diluar jangkaan’ pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengumumkan jadual penuh perlawanan persahabatan pertengahan musim yang akan mereka tempuhi di Semenanjung Malaysia kelak. Jadual ini meliputi masa, tarikh dan juga lokasi perlawanan yang telah dirancangkan.
Jadual yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook FAS adalah tersebut adalah seperti dibawah:
Perlawanan pertama:
Selangor PKNS FC mln Sarawak.
Sabtu 6 Jun 2015.
8.45 mlm , Padang PKNS.
Perlawanan kedua:
Selangor UITM FC mln Sarawak.
Isnin, 8 Jun 2015.
8.45 mlm, Std Mini UITM Shah Alam.
Perlawanan ketiga:
ATM mln Sarawak,
Khamis, 11 Jun 2015.
4.45 pm, Stadium TUDM Subang.
Sungguhpun jadual ini ‘agak lambat’ dikeluarkan kerana perlawanan akan berlangsung esok, namun tindakan FAS yang memuat naik jadual penuh perlawanan persahabatan Sarawak adalah satu tindakan baik jika dibandingkan dengan keadaan sebelum ini yang mana hanya menyaksikan nama pasukan yang dilawan dikeluarkan oleh pihak FAS melalui jurulatih utamanya, Robert Alberts. Sebelum ini juga, jadual perlawanan tidak dikeluarkan walaupun pada hari perlawanan yang diura-urakan.
Dengan pengumuman jadual rasmi seperti ini, peminat berdekatan lokasi perlawanan pasti gembira kerana mereka akan dapat mengaturkan jadual perjalanan untuk menyaksikan perlawanan persahabatan Sarawak.
Pengumuman jadual perlawanan yang lebih awal juga mungkin merupakan tanda bahawa FAS sudah mengalami rombakan besar-besaran seperti yang diura-urakan sebelum ini.