Pihak Persatuan Bolasepak sarawak (FAS) telah membuat satu kenyataan akhbar yang mana mereka menegaskan bahawa pihak persatuan tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi, khususnya di Facebook dan Twitter.
Pihak FAS dalam pada itu menyatakan mereka hanya mempunyai laman web rasmi, yakni www.SarawakFootball.com dan tidak mempunyi apa-apa akaun di mana-mana laman sosial seperti yang didakwa sesetengah pihak.
FAS turut menyatakan bahawa segala maklumat yang disalurkan oleh mereka hanya dianggap rasmi sekiranya ia melalui laman web tersebut, atau melalaui hebahan di media massa traditional. Kenyataan tersebut turut menambah bahawa tidak wujud kes dimana FAS akan menghebahkan informasi melalui medium lain.
Dalam pada itu, pihak FAS memberi amaran terhadap semua peminat agar berhati-hati apabila membaca berita dan maklumat yang disampaikan oleh akaun yang menggunakan nama yang hampir sama dengan FAS kerana ianya boleh menyebabkan orang ramai terkeliru dan mendapat informasi yang salah.
Di pihak Sarawak Crocs, kami agak keliru dengan kenyataan ini kerana di laman rasmi FAS turut disertakan pautan ke satu akaun Facebook, dan satu akaun Twitter. Kami berharap pihak FAS akan memberi sedikit pencerahan berkenaan kedua-dua pautan tersebut kerana kebiasaannya, pautan di laman rasmi merupakan akaun rasmi sesebuah organisasi.