FAS selesai langsaikan tunggakan gaji Ian Gillan

Mantan ketua jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan sudah menerima bayaran gajinya yang dihutangkan oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Ian yang dihubungi oleh kami mengesahkan perkara tersebut dengan memaklumkan kepada kami bahawa peguam beliau, Lars Westhoff sudahpun menerima wang tersebut.

Pengesahan Ian menutup satu titik hitam bola sepak Sarawak berkenaan tunggakkan gaji yang dikhabarkan secara meluas awal tahun ini tadi.

Dalam kes ini, Ian telah memberi esklusif kepada CakapSUKAN berkenaan hutang FAS terhadap dirinya, sambil mendakwa FIFA telahpun mengarahkan FAS membayar tunggakan gajinya.

Dalam perkembangan sama, Posa telah mendakwa tidak ada menerima sebarang arahan dari FIFA dan beliau juga mendakwa Ian adalah jurulatih paling teruk pernah diambil FAS di bawah pentadbiran beliau.

Sungguhpun demikian, dengan langsainya hutang FAS terhadap Ian kini, kes ini dianggap selesai.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top