FAS mengesahkan bahawa Magro dilepaskan

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengesahkan bahawa Juan Carlos Magro telah dilepaskan dari jawatan beliau sebagai Ketua Jurulatih Sarawak United A (SUA).

Pengesahan pelepasan Magro dibuat sendiri oleh Presiden FAS Posa Majlis, dan ianya dilaporkan oleh Utusan Borneo.

Menurut laopran akhbar tersebut, FAS terpaksa melakukan tindakan drastik melepaskan Magro selepas beliau tidak menepati KPI yang dikehendaki pihak pengurusan SUA.

Posa dipetik akhbar tersebut sebagai berkata bahawa jurulatih kelahiran Sepanyol itu belum ditawarkan kontrak oleh FAS dan masih di dalam sesi pengujian.

Walaubagaimanapun, kekalahan semasa siri jelajah pra-musim SUA paling mengecewakan sekaligus menyaksikan FAS terpaksa mengetepikan dan sekaligus melepaskan Magro.

Posa didakwa berkata bahawa Magro jelas tidak menepati kriteria yang FAS mahukan dan langkah menamatkan khidmatnya serta merta adalah bagi mengelakkan pasukan memulakan musim dengan keputusan kurang baik.

Dalam perkembangan sama, Posa juga mengesahkan bahawa FAS audah ada ketua jurulatih baharu untuk SUA sebagai pengganti Magro.

Pengumuman rasmi ketua jurulatih SUA yang baharu walaubagaimanapun hanya akan dibuat dalam masa terdekat.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top