FAS hargai tindakan TMJ, akui sedih tindakan FAM

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS),  Posa Majais mengakui beliau menghargai tindakan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail, Tunku Mahkota Johor (TMJ), yang telah membuat aduan berkenaan ketiadaan siaran lansung bagi pasukan Sarawak FA di rangkaian televisyen setempat.

Beliau yang ditemuramah Utusan Borneo memaklumkan bahawa beliau sememangnya kecewa dan sedih kerana Sarawak FA dipinggirkan dari siaran langsung sambil menambah bahawa FAS merasakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  menganaktirikan persatuan tersebut walhal hakikatnya FAS merupakan ahli gabungan FAM.

Dalam pada itu, Posa turut menekankan bahawa permintaan siaran langsung adalah lebih bersifat keadilan bagi semua ahli gabungan FAM, dan berharap isu yang sudah lama dibiarkan ini dapat diselesaikan apabila berlakunya perubahan pucuk pimpinan FAM pada Mac ini.

Sejak Liga Super dan Piala FA bermula, Sarawak FA belum pernah mempunyai siaran lansung, baik dari Stadium Negeri, mahupun apabila bertandang ke tempat lawan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top