Kenyataan rasmi Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) petang tadi memberi gambaran bahawa pihak FAS kini di landasan yang baik untuk meningkatkan jumlah pemain muda di Sarawak.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial rasmi FAS, pihak FAS kini menumpukan perhatian kepada pembangunan bolasepak di Sarawak secara menyeluruh, sambil memberi tumpuan khas kepada memastikan Sarawak FA tidak akan tergelincir dari kancar Liga Super musim hadapan.
Kenyataan tersebut turut melahirkan harapan bahawa peminat terus memberi sokongan terhadap pasukan Bujang Senang, khususnya pada perlawanan terakhir menentang T-Team FC kelak pada 28 Oktober ini.
Sarawak FA perlu menang menentang T-Team bagi memastikan mereka akan terus kekal di Liga Super pada musim hadapan.




