Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kini boleh diibaratkan seperti jatuh ditimpa tangga.
Belum habis isu skandal mengatur perlawanan yang dibangkitkan FAS sendiri beberapa minggu lalu, kini Football Malaysia Limited Liability Parnership (FMLLP) pula mendedahkan bahawa pasukan Sarawak FA, yang diselia secara terus oleh FAS, adalah antara enam pasukan yang gagal melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan biarpun tarikh akhir untuk berbuat demikian sudah berakhir.
Menurut FMLLP di dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, dua pasukan unifi Liga Super Malaysia 2018 iaitu Kelantan dan Kuala Lumpur, dan empat pasukan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018, yakni Sarawak FA, Pulau Pinang FA, Kuantan FA dan PDRM FA masih belum menghantar dokumen yang lengkap.
Tarikh akhir menghantar dokumen adalah pada asalnya pada 29 Disember 2017, namun pelanjutan sehingga 3 Februari 2018 menyaksikan FAS, serta lima pasukan yang dinyatakan, masih gagal memenuhi keperluan FMLLP.
Adalah dijangkakan bahawa pihak FMLLP tidak akan memanjangkan lagi tempoh pendaftaran pasukan, dan akan mempertimbangkan tindakan ke atas semua pasukan yang terlibat seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Nang sik ada team lain
Apa bnyak glak problem tok..x boh jk join liga la mun cmtok
Teruk….dh ya gaji player gk. tertunggak klk…mcm²…nya kedak ya aja…
4 bulan gaji x berbayar.. 😪
Yahhhhh….
Mana kata ktk lah sia. Mun pengurusan sambil lewa..mcm2 lah jadi.
Sediakan kuaci lebih banyak banyak geng 😋 … New Episode
Hahahaa…memang management FAS sejak dua menjak tok lembab dah molah keja.Gney mok maju bolasepak Swak mun management slow gilak hal2 kecik??Bgus nubuh team main guli jak Swak mun management pun lembab…Apa mok jadi la team Swak slalu gilak bermasalah.
Bubar jak bola sepak sarawak ,biar kuching jadi wakil sarawak ….
Pihak yg mengurus tu ada buat keja ka? Ada baca kan komen aku ni?
Bubar fas buat club je
Xabis abis.nang sarkas 😂😂
Bila org yg x tau apa2 tentang bolasepak uruskan sukan bolasepak!
Susah gilak ka isik borang ya?
Fas tu masih bernaung di bawah krjaan negeri kah? Ataupun swasta? … pd pandangan sy,adalah lebih elok seandainya fas tu dimiliki oleh indvidu. Jadikan JDT sebagai teladan… ada pemilikan sendiri…
Pendaftar pmain pun fasx leh nk settle…nmpk sgt presiden n staf2 fas ni keja sambil lewa..weiiii fas bagus roboh jer pej FaS tu…bkn nye ada function pun..😕😡
Teruk na pengurusan fas..buang jak kakitangan yg bertugas di fas sia,,,
Bikin malu saja….
Mengepung pangkat, gaji , nama, hal dunia tuk lah jadi nya MACC sila siasat fas tuk ..
Mo di overhaul juak semua org dalam ya.bukan presiden jak.tukar baru pun sama juak olahan nya.
Nadai sekena meh bala kitak nya..
FAS….FAS…memalukan
Mcm nya molah Liga Gedong…ha…ha…ha
Nya giya jk 😆
Tarak untong..jual org lagi untong
Memang cap ayam betul…x ada team lain.
Monkey business 🐒
Jgn slhkn org lain …slhkn pgurusan fas sendiri … pengurusan hanya pndai bercakap je … ckap x serupa bikin ..
Episod trus mendukakn pyokong ..jgn plak kta pyokong lalang …
Apa d main cdak fas tok..
Fas tengah cari siapa nak jadi penaja pasukan sarawak biar pasukan kesayangan anda gaji yang mencukupi
Boyak2 kt dlm sinun sibok ngelango.. sikda masa mok ngurus apa indah.
Bubar jk paling bgs…palak xsakit mikir hal pengurisan…..
Mohon siasat management FAS!
Swk FA melalui zaman gelap sbb yg ada dlm FAS sik pande mau ngurus…bubar ja FAS
resign jk ktkorg ya ganti org lain gik yg blh mlh kerja,tk jawatan lbh dr cgek loba juak..jgn merik malu swk bah
Ada agik padu hal…..
Bz Cari pemain x jpa2 n x ckup kouta pemain last2 lmbt daftar haha Fas oh Fas
Setiausaha tdo
Agik rsa dak fas byk tulah dgn players lh ya, ya msalah cdak fas x pnde abis dtg. Mdahan dak fas knk saman malu mn sekiranya 2 org player d dpati x brslh amin.
tk tahu undang undang yg ditetapkn atau terlps pandang..acuh tk acuh kemungkinan benda ni berlaku
Masalah carik kedirik
Arum bulak persatuan tok lah paling merik malu Swk
Sini kmk org nok kah muka
Nadai mh kta nya…tak lama rerangap…grop msuk fas bela ndai sekena…
Baik jgn main boll gik lah….malu kan swk betul FAS tok…..adehhhhh
Start jak ngumpol fund compensation k isok lusak
Padan muka..nenek aku pun bising nanga ulah kitak orang..bnyak fail fail fail..bila nak berjaya…hahaha
Semua orang dalam pengurusan tak layak untuk mengurus pasukan Sarawak. Semua mau tunjuk kuasa dan kepentingan daripada bolasepak.
#LucuLahSarawak
ibuh main jak bagus sik da duit bgus kuch jak wakil sarawak
Tutup sja bola sepak sarawak..fas mcm xpduli sja
Makin banyak telur busuk keluar…ramalam ku benar belaka
Consistent komen kitak tok 😂
molah lawak cdak towk
Pa guna tok uban ya….
Persatuan bolasepak Sarawak ,satu2nya persatuan sukan di Sarawak yg mencemar nama baik Sarawak, jangan sampai penyokong hilang kepercayaan dgn FAS yg ada sekarang…ada apa dgn FAS Holding??
Alamak fas ni nyanyok
Pentadbiran pun sik teratur … Pkara basic pun sik terurus dgn lancar… Susah owh
Tim sarawak lagi..belum abis cerita jual game..datang gik cerita pengurusan sik cekap..tukar semua sida tok ari atas sampai tukang buat air..membazir duit jak..Tutup jak FAS utk 1 musim utk cuci Rumah ..pas semua bersih baru buka pintu…kesian pun ada gan player yg betul betul nak main ….main sampai letih tiba tiba point kena potong ..hilang moral terus..mood utk dah hilang…
Bgs kluar dr Liga Malaysia. Bg malu jak.puikkk..Mcm2 masalah. Ya pun sik dpt d settle.management apa namanya tu.tauk poket penuh jak ka.huhu. Lingkup kalo mcm nie. Malas la mo tgk game. Bgs lg mancing.puikkk