Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bakal melancarkan jersi musim Sarawak FA bagi musim 2018 tidak lama lagi.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Komersialnya, Abang Abdul Rahman Abang Naim di dalam satu kenyataan terbaharu di laman Facebook rasmi FAS.
Tarikh, lokasi dan masa pelancaran tersebut akan dibuat tidak diketahui, namun adalah difahamkan bahawa warna jersi pada tahun ini ‘agak lain’.
Terdapat ura-ura pelancaran jersi akan dibuat di luar Kuching kali ini, namun jika ianya dibuat di Kuching, ianya hampir pasti dibuat di CityOne Megamall ekoran kerjasama LSC yang baik dengan pusat membeli belah tersebut.
Dalam pada itu, pihak kami menjangkakan FAS akan membuat pelancaran jersi rasmi sekitar minggu hadapan bagi membolehkan pasukan menggunakan jersi tersebut untuk perlawanan pertama menentang Kuantan FA di Stadium Negeri pada Jumaat, 2 Februari 2018.
Jika anda ingin mendapatkan jersi Tribal SarawakCrocs, anda boleh mendapatkannya dengan merujuk poster dibawah, atau membaca artikel ini.