Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengumumkan senarai 24 pemain yang dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Melaka bermula 14 Ogos ini.
Kem tersebut adalah sebagai persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Syria (22 Ogos), Macau (25 Ogos) dan Myanmar (29 Ogos) serta perlawanan kedua Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September 2017.
Berikut adalah senarai 24 pemain tersebut:
BIL | NAMA |
UMUR |
POSISI |
PASUKAN |
1. |
BADDROL BAKHTIAR |
29 |
TENGAH |
KEDAH |
2. |
RIZAL GHAZALI |
25 |
PERTAHANAN |
KEDAH |
3. |
SYAZWAN ZAINON |
28 |
TENGAH |
KEDAH |
4. |
KHAIRUL HELMI JOHARI |
29 |
PERTAHANAN |
KEDAH |
5. |
AKRAM MAHINAN |
24 |
TENGAH |
KEDAH |
6. |
FARHAN ABU BAKAR |
24 |
PENJAGA GOL |
KEDAH |
7. |
FITRI OMAR |
32 |
PERTAHANAN |
KEDAH |
8. |
AHMAD HAZWAN BAKRI |
26 |
PENYERANG |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
9. |
SAFIQ RAHIM |
30 |
TENGAH |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
10. |
AMIRULHADI ZAINAL |
31 |
TENGAH |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
11. |
AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM |
26 |
PERTAHANAN |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
12. |
AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK |
30 |
PERTAHANAN |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
13. |
DARREN LOK |
26 |
PENYERANG |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
14. |
FADHLI SHAS |
26 |
PERTAHANAN |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
15. |
HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY |
24 |
PENJAGA GOL |
PERAK |
16. |
SHAHROM ABDUL KALAM |
32 |
PERTAHANAN |
PERAK |
17. |
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM |
24 |
PERTAHANAN |
PERAK |
18. |
NASIR BASHARUDIN |
27 |
TENGAH |
PERAK |
19. |
NAZRIN NAWI |
29 |
TENGAH |
PERAK |
20. |
KIKO INSA |
29 |
TENGAH |
PAHANG |
21. |
AHMAD SYAMIM YAHYA |
27 |
TENGAH |
PAHANG |
22. |
KHAIRULAZHAN KHALID |
28 |
PENJAGA GOL |
SELANGOR |
23. |
WAN ZACK HAIKAL WAN NOR |
26 |
TENGAH |
FELDA UNITED |
24. |
SHAHREL FIKRI MD FAUZI |
23 |
PENYERANG |
PKNP FC |
Dari senarai tersebut, hanya 13 pemain skuad kebangsaan yang tewas 2-1 kepada Lebanon dikekalkan untuk kem latihan pusat kali ini.
Vingada dalam pada itu telah menyenaraikan seramai 11 pemain baharu termasuk memanggil semula dua pemain – Aidil Zafuan Abd Radzak dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, kedua-duanya dari Johor Darul Ta’zim.
Sembilan lagi pemain baharu adalah penjaga gol Farhan Abu Bakar dan Fitri Omar (Kedah), Darren Lok dan Fadhli Shas (Johor Darul Ta’zim), Nasir Basharudin dan Nazrin Nawi (Perak), Kiko Insa (Pahang), Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda United) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC).
Pasukan kebangsaan dijangka akan bertemu Syria di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 22 Ogos, sebelum berlepas ke Macau pada 23 Ogos untuk perlawanan bertemu Macau di Kompleks Olimpik Macau pada 25 Ogos.
Pada 29 Ogos, pasukan Harimau Malaya akan menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangonsebelum kembali ke tanahair. – sarawakcrocs.com