FAM tuduh Sarawak terlibat dengan rasuah

Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat mendedahkan bahawa selain Perak, Sarawak juga disyaki terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan yang menyaksikan skuad Bujang Senang menang besar 6-1 di Stadium Negeri, 21 September lalu.

Aseh sungguhpun demikian berkata, FAM tidak akan terburu-buru untuk terus menghukum Sarawak kerana perlu mengikut prosedur memandangkan masih belum ada sebarang bukti fizikal yang nyata sehingga setakat ini.

Tambah Aseh, Jawatankuasa Integriti FAM turut akan meminta kerjasama daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis dalam merungkai isu itu bagi mendapat gambaran sepenuhnya.

Aseh turut mengakui bahawa FAM ada menerima maklumat mengenai unsur-unsur rasuah dalam pasukan Sarawak namun siasatan lanjut akan dijalankan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil.

Sarawak yang mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selaku juara kumpulan menang ketiga-tiga perlawanan di tempat sendiri dengan dua lagi kemenangan dicapai ketika menang 5-0 ke atas Kedah dan 6-1 semasa berdepan Perak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top